Mengenai Kami

Kenali latar belakang Qurban Kautsar dengan lebih mendalam.

Latar Belakang Qurban Kautsar

Qurban Kautsar merupakan sebuah organisasi yang mengkhususkan perkhidmatan perlaksanaan Ibadah Qurban dan Akikah serta perkhidmatan sampingan Islamik yang lain untuk umat Islam di seluruh dunia.

Kami berperanan menawarkan kemudahan kepada umat Islam di Malaysia khususnya dalam pelaksanaan ibadah ini agar lebih telus, mudah, dan pantas. Qurban Kautsar beriltizam untuk menjadi satu jenama yang diyakini serta profesional dalam menyantuni asnaf, pelarian, dan golongan fakir miskin di pelbagai negara.

Antara negara perlaksanaan kami termasuklah negara-negara di Asia Tenggara, Timur Tengah, dan Afrika bergantung kepada keperluan semasa dan krisis kemanusiaan.

👁️

Visi Kami

Mencapai lebih 100,000 penyertaan Jemaah Qurban dan Akikah serta memperluaskan manfaat kepada asnaf di lebih banyak negara menjelang 2030.

🎯

Misi Kami

Menjadi platform utama yang dipercayai oleh umat Islam untuk menyempurnakan ibadah dengan pengurusan yang sangat sistematik, pantas, dan mematuhi syariat sepenuhnya.

Nilai Teras Kami

01

Ketelusan (Transparency)

Laporan yang jelas dan bergambar bagi setiap pelaksanaan disalurkan terus kepada peserta.

02

Kebertanggungjawaban

Amanah setiap peserta dijaga dengan penuh teliti bermula dari lafaz akad sehinggalah agihan daging.

03

Kualiti (Quality)

Memastikan pemilihan haiwan ternakan sentiasa sihat, terbaik, dan menepati syarat ketat sah ibadah.

Pengiktirafan & Pencapaian

Bukti komitmen dan kecemerlangan kami dalam pengurusan ibadah.

Logo SSM

Syarikat Berdaftar SSM

Entiti perniagaan sah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Ribuan Haiwan Sembelihan Telah Dimanfaatkan

Terima kasih atas kepercayaan anda. Bersama kita mengagihkan rezeki kepada saudara Islam kita di lebih 30 buah negara pelaksana.

Daftar Sekarang