Soalan Lazim (FAQ)

Pencerahan ringkas untuk persoalan utama mengenai ibadah Qurban dan Akikah anda.

Apa itu ibadah qurban?

Ibadah qurban ialah penyembelihan haiwan ternakan seperti lembu, kambing atau biri-biri pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik sebagai tanda ketaatan kepada Allah SWT.

Siapa yang wajib melakukan qurban?

Qurban adalah sunat muakkad bagi umat Islam yang:

✔️ Baligh
✔️ Berakal
✔️ Mampu dari segi kewangan

Bila tarikh pelaksanaan qurban?

Qurban dilaksanakan pada:
📅 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha)
📅 11, 12 & 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik)

Berapa harga pakej qurban?

Harga bergantung kepada lokasi dan jenis haiwan (contoh: Malaysia, Kemboja, Afrika dll).

💬 Hubungi kami untuk harga terkini & promosi semasa.

Bagaimana cara nak daftar?

Mudah je:
📲 WhatsApp kami (tekan butang hijau whatsapp)
📝 Isi borang pendaftaran atau kami boleh bantu untuk daftarkan
💳 Buat pembayaran

Ada tak bukti qurban /akikah dilaksanakan?

Ada 👍

Kami akan sediakan:

📸 Gambar pelaksanaan sebelum dan selepas
🎥 Video penyembelihan
📄 Sijil penyertaan

Daging qurban diagihkan kepada siapa?

Daging akan diagihkan kepada :

🤲 Golongan asnaf
🤲 Fakir & miskin
🤲 Penduduk setempat yang memerlukan

Boleh buat qurban untuk orang lain?

Boleh 😊
✔️ Untuk ibu bapa
✔️ Ahli keluarga
✔️ Yang telah meninggal dunia

Apa kelebihan buat qurban melalui Kautsar Qurban Centre?

✨ Urusan mudah & dipercayai
✨ Harga berpatutan
✨ Pelaksanaan ikut syariah
✨ Laporan lengkap & telus

Bila tarikh tutup penyertaan?

20 Mei 2025 (bergantung kepada stok tempahan qurban/akikah)

⚠️ Digalakkan daftar awal untuk elak penuh.

Macam mana nak hubungi Kautsar Qurban Centre?

📲 WhatsApp: 017-5112301
📘 FB Page: Kautsar Qurban Centre

Masih Mempunyai Persoalan?

Pasukan kami sedia membantu menjawab segala kemusykilan anda.

Hubungi Pasukan Kami